
Masih lagi segar dalam ingatanku ape yang telah berlaku pada tanggal 23 November 2009. Aku telah pun kehilangan orang yang ku sayangi. Pagi itu seperti biasa aku bersiap untuk ke kelas Ekonomi yang diajar oleh Madam Norliza. Sejurus kelas tamat aku pun melihat ke telefon bimbitku.. "wah..banyaknya miss called dan message", kata hati kecilku.
Alangkah terkejutnya aku apabila membaca sms dari adikku..
"akak..abang..nenek dah meninggal"Hampir terjelopokku setelah membaca pesanan itu. Abang ku juga telah menghantar sms kepada ku.
"Lia..mirul dah nak sampai Nilai ni..siap cepat kite pergi rumah nenek.."Lalu bergegasku berjalan merentas padang bola yang besar untuk sampai ke dorm. Cuaca pada pagi itu agak redup seakan-akan memahami keadaanku yang hiba ini. Jauh sungguh ku rase untuk ku sampai ke dorm.. Ku hanye tersenyum tawar apabila berselisih dengan rakan-rakanku.
"takkan aku nak bagitahu 1 dunia yang aku sedang bersedihkan.." detus hati ku lagi.
Pada masa yang sama aku menelefon Kak Piah( rakan sebilikku) tentang kematian nenekku. Dia mengucapkan takziah kepadaku. Setibanya aku di dorm, aku ditegur oleh Naghiza dan Anis (rakan sebilik ku juga). Mereka juaga bersedih atas kehilanganku itu.
Tepat jam menunjukan jam 11 abang ku tiba untuk membawaku ke rumah nenek. Aku yang memakai baju songket berwarna merah ketika itu. Tidak sempatku menukar pakaianku.
"Ah..tak pedulik la..janji aku dapat tengok nenek buat kali terakhir"Perjalanan dari UIA terasa amat jauh. Aku sekadar diam dan hanya menjawab sepatah apabila abangku bertanya. Aku tahu abangku cuba untuk mengurangkan perasaan sedihku dengan berbual-bual denganku. Terima kasih abang.
Setibanya aku berdekatan dengan destinasiku, kelihatan telah banyak kenderaan telah pun tersadai di luar rumah nenekku.Aku bergegas masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang melihatku lalu terus mencari ibuku yang sedang duduk bersama-sama orang yang datang melawat.
Masihku ingat wajah ibuku yang kemerah-merahan dengan matanya yang sembap. Laluku bertanya nenek di mana. Ibu membawaku ke arah sekujur tubuh ditengah-tengah ruang tamu yang ditutup dengan kain batik.
Berguguran air mataku melihat tubuh itu. Tidakku sangka begitu cepat nenek meninggalkanku walhal baru semalam aku duduk bersamanya. Aku duduk sambil membaca suah Yassin disebelah nenekku. Aku juga melihat nenekku dimandikan serta dikafankan.
Setelah dikafankan semua ahli keluarga beratur untuk memberi ciuman yang terakhir buat nenek. Apabila tiba giliranku, aku mencium dahi nenekku buat kali terakhir. Wajahnya kelihatan amat tenang. Aku cuba menahan sebak di dadaku. Di kala itu, hanya Allah sahaja tahu betapa sayunya hatiku.
Arwah nenek dikebumikan selepas Zohor ditanah perkuburan Islam USJ. Keadaan bertambah sayu semasa talkin dibaca oleh imam,apabila hujan renyai-renyai mulai turun seolah-olah turut meratapi kehilangan arwah.
Atuk menangis ketika hendak meninggalkan nenek. Atuk tengok sahaje kubur nenek.
Pak cikku berjanji akan membawa atuk ku lagi esok. Malam itu, diadakan tahlil untuk 3 malam berturut-turut. Atuk kelihatan sudah tenang apabila di kelilingi oleh anak-anak serta cucu dan cicitnya.
Kematian adalah sesuatu yang amat menghibakan kepada sesiapa yang mengalaminya. Arwah nenek telah pun pulang ke rahmatullah pada pukul 8.55 pagi setelah berhempas-pulas melawan kanser payudaranya. Semoga roh nenek dicucuri rahmat dan terletak diantara orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...